Agro Selangor pemangkin pertanian Negeri Selangor

Daftar sekarang dan nikmati pelbagai kemudahan & inisiatif dari kerajaan negeri.
PeTA Selangor

Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor

Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) merupakan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sektor pertanian yang lebih teratur dan tersusun. Ia merupakan garis panduan yang bersistematik berasaskan kepada 5 dasar, 3 Objektif dan 9 Kluster.

PERTANIAN BERNILAI TINGGI

Menerima permintaan tinggi dari sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani serta mempunyai nilai pasaran yang luas, stabil dan lestari.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN & MESRA ALAM

Menggunakan teknologi terkini serta input mesra alam dan organik.

RANTAIAN BEKALAN MAKANAN YANG LENGKAP

Menyediakan rantaian nilai lengkap dan hasil memenuhi kehendak pasaran.

DESTINASI AGRO PELANCONGAN

Agro pelancongan sebagai sebahagian pembangunan pertanian disamping kerjasama dengan Tourism Selangor bagi menarik pelancong.

PEMBANGUNAN AGROPRENEUR

Melahirkan lebih ramai agropreneur muda dan berdaya saing.

3 Objektif

Produktiviti.

Meningkatkan jumlah hasil pertanian dan pendapatan agropreneur.

Ekonomi

Meningkatkan sumbangan kepada KDNK Negeri Selangor melalui sektor pertanian dan makanan.

Modal Insan

Memberi peluang terutama anak muda dan wanita terlibat dalam sektor pertanian dan makanan disamping memberi latihan secara insentif dan berterusan.

9 Kluster

  • Agro Prihatin
  • Agro Komuniti
  • Agro Centre of Excellence
  • Agropreneur Selangor
  • Agro Pelancongan
  • Maju Agro Selangor
  • Agro Niaga
  • E-Agro
  • SSAF & SSAP